loading...

Maria Farida Dikritik Selepas Muat Naik Koleksi Bra Dan Seluar Dalam Sendiri Di Instagram


Nampaknya artis kita khususnya yang wanita sudah semakin maju dan laju ke depan dari segi peragaan fesyen mereka yang pelbagai dan bermacam-macam gaya.

Selain kemajuan dan peka mengenai fesyen, para artis ini juga semakin berani memaparkan fesyen mereka di laman sosial antara yang paling kerap digunakan ialah Instagram.

Selain fesyen seksi, kini ada artis wanita Malaysia yang berani menayangkan foto bikini koleksi mereka kepada pengikut setia dan lebih parah, seperti mahu peminat memilih bikini mana yang lebih sesuai.

Itulah yang dilakukan oleh aktres jelita Maria Farida yang bingung untuk memilih bikini mana yang sesuai untuk dipakai di laman sosial itu.

“Can’t decide which one..hmmm (tak tau hendak pilih yang mana.. hmm),” kata Maria.

Gambar berkenaan turut membuatkan artis pelawak terkenal Saiful Apek yang hanya menggunakan rangkaian ikon emosi untuk membalas kapsyen dari Maria itu.


Rasanya, tidak perlu Maria sebagai seorang artis Melayu tanpa segan silu memuatnaik gambar itu kemudian seperti memberi peluang kepada para peminatnya memilih bikini mana.

Sudah pastinya, dengan kecantikan yang dimiliki Maria, ramai pengikut lelaki yang terbeliak biji mata dek kerana muatnaik ini yang betul-betul mencabar minda mereka.

Jika ada pula lelaki yang memberi komen yang agak melampau, tahu pula mereka melenting dengan menuduh lelaki seperti itu gila dan sebagainya.

Agak-agak lepas ni, Maria muatnaik pula gambarnya memakai bikini yang dipilih?

Blog Archive