loading...

Pedang Lelaki Cedera Teruk Setelah Cuba Menyetubuhi Tiram Yang Dibelinya Sendiri

Seorang lelaki dari Hougang, Singapura mengalami kecederaan teruk pada “pedang” nya berikutan tindakan gilanya yang cuba untuk menusuk sebiji tiram yang dibelinya dari sebuah pasar.
Menurut sumber yang namanya tidak diterbitkan, lelaki tersebut dalam temu ramahnya dengan wartawan berkata, beberapa minggu lepas dia telah terbaca tentang seekor ketam telah menyepit “perigi” seorang wanita juga di negara yang sama.
Menurutnya pada hari tersebut, sebelum kejadian pemilik “pedang” tersebut sedang balik dari kerja dan ketika melalui sebuah pasar dia dikatakan membeli tiram yang konon rupa fizikalnya sama seperti “perigi” milik wanita.
Menurutnya lagi ketika berada di pasar tersebut dia cuma meminta sebiji sahaja dan mahukan saiz yang paling besar. Walaupun pembelian tersebut diragui oleh penjual makanan laut tersebut tetapi dia tetap berjaya mendapatkannya.
Ketika berada di rumah, lelaki itu cuba merogol tiram tersebut dan ketika dia mempratikkan hubungan sulit ke atas tiram yang tidak bersalah itu dan kerana kesilapan teknikal “pedang” lelaki tersebut terkena pada bahagian sisi yang tajam dan keras sehinggakan “pedang” nya berdarah.
Mendengar teriakan dari lelaki itu, seorang jirannya datang untuk melihat kerana dia menyangka bahawa sesuatu terjadi kepadanya.
Setibanya di rumahnya, jirannya lalu membuka pintu rumah di mana lelaki itu cuba berkelakuan sumbang ke atas sebiji tiram dan menurutnya lagi darah ada di mana-mana di lokasi kejadian tersebut.
Dipendekkan cerita, lelaki penzina itu akhirnya dibawa ke hospital dan terpaksa menerima 67 jahitan untuk membaiki “pedang” nya yang telah disalahguna.

Sumber asal: http://www.telegraphsun.com/singaporean-man-severely-injures-penis-trying-make-love-oyster/
Komen


Blog Archive