Kehamilan adalah rahmat yang dinanti-nantikan oleh setiap wanita yang bergelar ibu. Walaupun perlu bersusah payah, pengorbanan seorang ibu ketika mengandungkan zuriat memberikan kepuasan yang tidak terhingga kepada insan yang bergelar ibu.
Selalunya para bapa juga perlu berkorban dengan menahan nafsu batin untuk memberi peluang kepada isteri mereka mendapatkan rehat secukupnya ketika mengandung.
Malah ada pasangan suami isteri yang langsung mengelakkan hubungan seks ketika isteri mengandung. Alasannya takut memberi kesan kepada janin dan membahayakan kesihatan isteri.
Adakah ini langkah yang bijak dan betul?
Hamil Bukan Alasan Untuk Seks Hebat
Hamil bukanlah alasan untuk tidak melakukan hubungan seks. Seks ketika hamil adalah normal dan tidak perlu dielakkan.
Jangan terkejut jika saya katakan seks ketika hamil boleh memberi nikmat yang lebih kepada isteri. Pengaliran darah yang meningkat ke kawasan pelvis ketika kehamilan akan membuat isteri mengalami sensasi yang lebih mengasyikkan ketika seks.
Malah terdapat kajian yang menunjukkan seks ketika hamil boleh membantu isteri menenteramkan hormon mereka. Ini kerana hormon para ibu sangat tidak stabil ketika hamil.
Seks semasa hamil juga boleh memberi kesan psikologi yang baik kepada si ibu. Ini sekaligus akan mempengaruhi bayi yang dikandungi. Anda berdua pasti tahu keadaan fizikal dan mental ibu mengandung memberi kesan secara langsung kepada bayi yang dikandungi.
Jadi lebih sihat dan gembira si ibu mengandung, lebih positif kesannya kepada bayi.
Walau bagaimanapun, anda tidak melayan seks ketika hamil seperti kebiasaan. Terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira untuk membuat seks ketika hamil menjadi seks sihat dan selamat.
Terutama sekali dalam memilih posisi seks ketika hamil.
Tip Posisi Seks Ketika Hamil
Terdapat beberapa posisi seks ketika hamil yang disarankan oleh pakar perubatan, dan juga pakar seksual.
Posisi seks ketika hamil disyorkan berdasarkan beberapa faktor utama, antaranya:
- Posisi seks tersebut tidak akan membebankan ibu mengandung.
- Posisi seks tersebut tidak memberi tekanan secara langsung kepada perut ibu mengandung sekaligus memberi kesan kepada kandungan.
- Posisi seks tersebut tidak membuat ibu mengandung merasa tidak selesa dan sakit.
- Dan sudah pasti posisi seks tersebut juga boleh memberikan nikmat kepada ibu dan juga suami.
Setelah mengambil kira faktor-faktor di atas, berikut ialah posisi seks ketika hamil yang mudah, selamat dan boleh memberikan nikmat yang hebat dalam hubungan seks.
Posisi Seks Peringkat Awal Kehamilan (Semester Pertama)
Posisi-posisi seks pada peringkat awal kehamilan memberikan penetrasi zakar yang sederhana dalam tetapi dalam masa yang sama tidak membebankan ibu mengandung.
Posisi Seks Gunting
Posisi seks gunting mudah dilakukan dan tidak membebankan isteri mahupun suami. Posisi seks ini disyorkan pada peringkat awal kehamilan ketika saiz kandungan tidak begitu besar.
Posisi Seks Hujung Kerusi (Variasi Missionary)
Posisi seks ini untuk pasangan yang gemarkan posisi seks Missionary.
Posisi seks missionary adalah posisi seks yang tidak disyorkan ketika hamil kerana boleh membebankan ibu mengandung dan memberi kesan langsung kepada kandungan
Posisi seks ini melakukan ubahsuaian daripada posisi seks missionary kepada posisi seks yang selamat dan tidak memberi beban kepada si isteri.
Pada posisi ini si suami bekerja keras untuk membuat isteri asyik dengan setiap tujahan zakar.
Posisi Seks Peringkat Pertengahan Kehamilan (Semester Kedua)
Posisi-posisi seks pada peringkat ini lebih tertumpu kepada mengurangkan lagi beban ketika seks terhadap ibu mengandung.
Posisi Seks Doggy
Ada yang masih tak kenal posisi seks doggy? Posisi seks terkenal ini boleh anda dan pasangan amalkan sebagai posisi seks ketika hamil pada semester kedua kehamilan.
Jika anda rasa sakit belakang ketika melakukan posisi ini, anda boleh meletakkan bantal pada dada anda untuk menyokong berat badan.
Posisi Seks Wanita di Atas
Posisi seks wanita di atas memberi kawalan sepenuhnya kepada si isteri. Anda boleh memilih rentak dan ritma mendayung.
Posisi ini juga memberi peluang kepada suami untuk membelai payudara isteri.
Payudara wanita mengandung adalah berkali ganda lebih sensitif berbanding ketika normalPosisi Seks Peringkat Akhir Kehamilan (Semester Ketiga)
Posisi-posisi seks pada ini lebih tertumpu kepada keselesaan ibu mengandung berbanding nikmat utama ketika seks.
Posisi Seks Spoon
Posisi seks spoon adalah posisi seks saat hamil yang mudah dilakukan oleh pasangan suami isteri. Posisi ini tidak memberi beban kepada ibu mengandung. Posisi spoon disyorkan pada peringkat akhir kehamilan kerana posisi ini tidak membenarkan tujahan zakar yang dalam.
Posisi seks Wanita di Atas (Songsang)
Seperti juga posisi seks wanita di atas, posisi seks ini memberi kawalan sepenuhnya kepada isteri. Kelebihan posisi seks ini berbanding posisi seks wanita di atas yang biasa ialah pada posisi ini biji kelentit isteri akan dirangsang secara tidak langsung dengan setiap gerakan naik turun.
Oleh itu posisi ini akan memberikan nikmat yang lebih kepada isteri.
Lagi Posisi Seks Terbaik
Posisi seks ketika hamil yang saya berikan di atas adalah antara posisi asas yang boleh anda amalkan bersama suami ketika hubungan seks.
Terdapat beberapa posisi ketika hamil yang lain daripada ajaran Kamasutra jika anda ingin mempelbagaikan posisi seks ketika hamil.
Posisi-posisi seks Kamasutra adalah posisi seks terbaik sejak zaman berzaman. Malah posisi-posisi seks ketika hamil yang saya berikan di atas diambil daripada posisi seks Kamasutra.
Anda boleh mempelajari dan mengamalkan ilmu seks Kamasutra melalui panduan Kamasutra Bergambar. Panduan ini sepenuhnya di dalam Bahasa Melayu dan mengandungi 102 posisi seks terpilih yang dijamin boleh memberikan pengalaman baru dalam hubungan seks anda.
Kesimpulan
Kehamilan bukan lah alasan untuk tidak menjalani hubungan seks. Malah seperti yang telah saya jelaskan di atas, seks ketika hamil boleh memberi kesan positif kepada ibu dan juga kandungan.
Seks ketika hamil juga boleh memberi nikmat yang berbeza berbanding seks sebelum kehamilan.
Oleh itu jangan jadikan kehamilan sebagai alasan untuk meninggalkan seks. Amalkan seks sihat dan tingkatkan kebahagiaan rumah tangga anda, sebelum, semasa, dan selepas hamil.