Kesian Kat Neelofa Menangis Secara Live Kerana Gagal Dalam Percintaan
Asam garam bergelar selebriti adalah kisah hidup mereka pasti akan sentiasa menjadi perhatian peminat. Malah, ada sesetengah pihak akan mencari segala kesalahan selebriti untuk mengkritik mereka.
Perkara ini telah terjadi pada pelakon dan pengacara popular Neelofa apabila kisah cintanya sering kali menjadi bualan peminat.
Disebabkan tekanan dari peminat, Neelofa mendedahkan perkara ini telah memaksa Neelofa untuk bersama dengan seseorang yang peminat impikan dan bukanlah dengan orang yang dikehendaki oleh dirinya sendiri.
Malah, Neelofa telah menangis secara live di WHI disebabkan tekanan dari kritikan yang telah dilontarkan oleh netizen.
"Sebab di akhirnya, saya yang akan menangis dalam bilik seorang diri dan tiada siapa tahu hanya kerana tulisan dan komen-komen buruk orang di luar sana. Jiwa saya kacau, saya tiada kehidupan yang normal hanya kerana perkara seperti ini. Tolonglah, jangan beri saya tekanan lagi,” katanya.
Sementara itu, Neelofa telah dikaitkan bercinta dengan pelakon Fattah Amin dan gagal. Neelofa meminta semua pihak untuk berhenti menyebarkan berita kononnya mereka bercinta.