Kalau sakit, doktor lah yang kita akan cari untuk dapatkan
bantuan dan rawatan. Sepenuh kepercayaan diberi pada doktor untuk mengubati dan
merawat kan? Tapi rakaman video ini akan membuatkan orang ragu-ragu dan
berfikir tidak semua doktor boleh dipercayai. Sebab apa?
Dalam rakaman video tersebut, seorang doktor dilihat meraba
pesakit di sebuah hospital. Tetapi apa yang lebih mengejutkan pesakit tersebut
sebenarnya dalam keadaan sedar. Dalam erti kata lain, doktor itu telah meraba
pesakitnya atau memperkosa pesakitnya!!
“Disebabkan
mempercayainya, saya hanya mengikut arahan apabila diminta membuka baju dan
coli, namun dia meramas buah dada saya hingga saya berasa sakit.
“Saya mula curiga dan takut apabila doktor
itu menyatakan saiz buah dada saya besar selain mengajak saya melakukan
hubungan seks,” kata ibu tunggal hanya mahu dikenali sebagai Nurulr, 34, yang
mendakwa dicabul seorang doktor sebuah hospital swasta, di sini.
Menurutnya, kejadian berlaku kira-kira jam 10.30
pagi Jumaat lalu ketika dia ke hospital berkenaan untuk mendapatkan rawatan
susulan berikutan masalah darah tinggi, hidung berdarah, sakit perut dan sukar
membuang air.
Nurul
berkata, dia mengenali doktor berusia lingkungan 40-an itu kerana pernah
mendapatkan rawatan daripadanya sebelum ini.
Menurutnya,
sebelum kejadian mencabul itu berlaku, doktor terbabit mengarahkannya berbaring
sambil memberitahu mahu memeriksa tekaknya.
"Ketika
itu, hanya kami berdua di dalam bilik pemeriksaan manakala jururawat berada di
luar bilik. Saya tidak bersangka buruk dan mempercayainya kerana dia doktor
yang pernah merawat saya sebelum ini.
'Selepas
tekak saya diperiksa, doktor itu mengarahkan saya membuka baju dan coli sebelum
mencabul saya dan mengeluarkan kata-kata berunsur seks sebelum menyuruh duduk
sambil mengurut belakang saya," katanya ketika ditemui Harian Metro di
sini, semalam.
Nurul
berkata, terkejut dengan kelakuan doktor itu, dia cuba beredar dari bilik
berkenaan selepas doktor terbabit mengajaknya melakukan hubungan seks.
Menurutnya,
“doktor juga menarik tangan untuk memegang kemaluan saya. Tindakannya itu
menyebabkan saya terus keluar dari bilik pemeriksaan.
"Saya
kemudian berjumpa seorang kakitangan hospital di kaunter untuk memaklumkan
kejadian itu sebelum dibawa berjumpa seorang pegawai untuk berbincang.
"Dalam
perbincangan itu, pegawai terbabit meminta saya tidak membuat laporan polis
atau membuat aduan mengenai kejadian yang berlaku," katanya.
Bagaimanapun,
kata Nurul dia memutuskan tidak mematuhi permintaan itu kerana kejadian yang
berlaku bukan saja meninggalkan kesan buruk ke atasnya sehingga dia sering
berasa sedih dan takut, malah berpendapat doktor itu wajib dikenakan tindakan.
Bagi
memastikan keadilan dan keselamatan dirinya serta dua anak perempuannya berusia
enam dan tujuh tahun, Nurul membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)
Johor Bahru Selatan (JBS), di sini, sehari selapas kejadian (20 Oktober).
"Saya
serahkan kepada polis menyiasat kes ini dan berharap doktor berkenaan
dihadapkan ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman setimpal di atas perbuatannya
itu.
"Saya
mendedahkan kejadian ini dengan harapan mendapat pembelaan dan berharap sesiapa
yang pernah menjadi mangsa doktor itu tampli membuat laporan polis demi maruah
dan mengelak kejadian sama kepada pesakit lain," katanya - Harian Metro
Video Hiasan Doktor Kantoi Meraba