Gadis Tingkatan Satu Dirogol Bapa Kandung Hampir Berbelas Kali
Seorang penjawat awam ditahan dan direman, sejak jumat lalu
setelah disyaki merogol anak kandungnya sejak tiga tahun lalu.
Suspek berusia 34 tahun itu ditahan dirumahnya pada jumaat
lalu setelah mangsa (pelajar tingkatan satu) membuat pemeriksaan di hospital
sehari sebelum itu.
Mangsa memberitahu kejadian tersebut kepada seorang rakan
dan membawanya ke hospital khamis lalu.
Doktor yang memeriksa mangsa menghubungi polis sebelum
sisatan dibuat dengan lebih terpeinci oleh pihak polis.
Mangsa mendakwa dirogol sebanyak sebelas kali sejak januari
tahun ini hingga November lalu namun perbuatan itu dirahsiakan oleh ibunya
kerana takut.
Perbuatan ini telah dirahsiakan kerana diugut oleh suspek,
mangsa yang takut tidak berbuat apa2 sehingga tingkah lakunya yang murung
disedari kawannya.
Suspek akan disiasat dibawah 376B kanun keseksaan kerana
melakukan sumbang mahram.