loading...

Gadis 14 Tahun Mengaku Biarkan Diri Diratah Teman Lelaki Lebih 20 Kali

Kes melibatkan pecabulan terhadap gadis remaja pada hari ini kian menjadi-jadi. Hampir setiap hari kita dengar berita-berita yang melibat kes-kes seperti ini. Kali ini, seorang anak gadis berusia 15 tahun, baru tingkatan tiga membuat pengakuan bahawa dia sudah 15 kali diratah oleh teman lelakinya. Lebih membimbangkan lagi, gadis ini mengatakan lelaki tersebut hanya dikenalinya 10 bulan lalu menerusi laman sosial Facebook. 



Kejadian ini pada awalnya telah diketahui oleh ibu gadis berkenaan selepas gambar b0gel miliknya telah tersebar di media sosial. Gadis tersebut yang berasal dari Tanah Melayu Deli Medan, Indonesia. Si ibu terus menanya mangsa dan mangsa mengaku telah berkali-kali diratah oleh seorang lelaki yang bernama, Amit, 36 tahun. 

Mangsa menceritakan kepada ibunya bahawa mereka pada awalnya berkenalan menerusi Facebook sejak 10 bulan yang lalu. Mereka mula rapat di Facebook sebelum menjalinkan hubungan cinta. Mangsa kemudian mula dijerat perlahan oleh lelaki berkenaan, di mana mereka memuaskan nafsu menerusi perbualan di telefon pada awalnya sebelum bertukar-tukar gambar peribadi. 

Dalam satu pertemuan, lelaki berkenaan memujuk mangsa untuk melakukan hubungan intim, setelah dipaksa dan diugut mangsa akhirnya merelakan diri untuk melakukan hubungan tersebut. Namun, mangsa tidak menyangka lelaki berkenaan bertindak merakam aktiviti intim mereka tersebut. 

Dari titik tolak itulah, Amit mula mengugut mangsa menggunakan video dan gambar yang dirakamnya untuk mengajak mangsa melakukan hubungan intim. Mangsa yang bimbang gambar-gambar dan video tersebut tersebar terpaksa merelakan dirinya dinodai berkali-kali sehinggalah gambarnya ditemui oleh ibunya di media sosial. 

Ibu mangsa membuat laporan polis terhadap kejadian yang berlaku sebelum suspek ditahan dan mengaku bersalah terhadap perkara berkenaan.

Blog Archive