loading...

Lari Rumah Selepas Isteri Kerap Mengadu 'Tak Sempat Nak Rasa' Ketika Bersama

Lari Rumah Selepas Isteri Kerap Mengadu 'Tak Sempat Nak Rasa' Ketika Bersama



Seorang lelaki Melayu terpaksa lari malam dari rumah selepas empat hari berkahwin semata-mata untuk mempelajari pelbagai ilmu kebatinan negara berkenaan.

Segala-galanya bermula apabila Mohd Haisol Shaari, 28, (bukan nama sebenar) terkejut dengan permintaan keterlaluan isterinya pada tiga hari pertama melayari bahtera perkahwinan.

Berikutan itu, beliau mengambil keputusan melarikan diri ke rumah bujang rakannya sebelum pulang semula ke rumah lima hari kemudian, selepas yakin dengan ilmu kebatinan diperoleh.

Menurutnya, sepanjang tempoh ‘berguru,’ dia mendapatkan pandangan rakan lelaki lain, sama ada dari rantau Asia atau rakan dari Mesir, hinggalah dia mempelajari pelbagai ilmu kebatinan.

“Saya disyor menggunakan sejenis kayu dikenali sebagai Hagar Guhannam namun fungsi kayu itu sama seperti gambir Sarawak, menyebabkan saya tidak suka kibat kesan sampingan.

“Dua lagi yang disyorkan mereka ialah sejenis serbuk dikenali sebagai Hamada di kalangan masyarakat Arab, selain sejenis minyak bonggol unta atau dikenali sebagai Sanam Cameol dan kedua-duanya masih digunakan hingga ke hari ini,” katanya kepada Metro Ahad.

Menurutnya, serbuk Hamada dicampurkan dengan madu asli berdasarkan sukatan tertentu dan ia berfungsi memekat dan menyuburkan sperma lelaki dan digunakan sejak berzaman.

“Serbuk itu tak banyak dijual, malah tidak ramai masyarakat Arab tahu mengenainya. Ia diperoleh rakan selepas dia mengkaji mengenai perubatan Islam dalam kitab yang dibaca di (Universiti) al-Azhar,” katanya.

Katanya, minyak bonggol unta pula menghidupkan sel mati pada alat sulit lelaki dan menjadikan ia lebih berat dan padat, sekali gus membolehkan tuntutan batin isterinya kini sama seperti orang lain dan tidak keterlaluan seperti sebelum ini.

“Pada mulanya saya malu dengan diri sendiri namun selepas berbincang dengan rakan serta isteri, Alhamdulillah kami kini hidup bahagia dan dikurniakan cahaya mata,” katanya.

Menurutnya, kejutan batin diterimanya dipercayai dipengaruhi beberapa faktor iaitu faktor budaya dan adat khatan yang diamalkan di negara berkenaan, selain pemakanan masyarakat di sana.

Mohd Haisol berkata, dia terpaksa buat begitu kerana sayangkan isterinya berusia 25 tahun, selain mengakui kejantanannya tercabar.

“Saya terpaksa lari dari rumah dan bersembunyi di asrama rakan menjelang malam pada hari keempat perkahwinan kerana tidak tahan kehendak batin isteri.

“Bukan mahu mengaibkan isteri atau sesiapa, tetapi saya rasa perkara ini perlu diketahui umum, terutama lelaki yang mungkin menyimpan hasrat memperisterikan wanita Arab, saya nasihatkan mereka supaya lebih bersedia,” katanya.

Menurutnya, pada hari pertama perkahwinan, dia mengadakan hubungan kelamin 16 kali dan masih mampu memenuhi tuntutan itu, mungkin kerana usianya masih muda dan menganggap ia sebagai perkara biasa.

“Walaupun terkejut dengan permintaan itu (16 kali sentuhan), saya menganggap ia perkara biasa dalam hubungan suami isteri… maklumlah, kata orang pantang bersentuh pada awal perkahwinan,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, perkara itu berlanjutan beberapa hari dan dia mula berasa kurang selesa kerana tidak banyak masa untuk mengulang kaji pelajaran atau berehat panjang, menyebabkan dia melarikan diri dari rumah sewa mereka.

Menurutnya, dia kembali ke rumah sewa bujang, menyebabkan isterinya mencari di rumah didiami rakannya, namun gagal menemuinya kerana tidak dibenarkan masuk ke rumah didiami lima pelajar lelaki itu.

Sementara itu, minyak bonggol unta atau sejenis serbuk dikenali Hamada diakui mampu meningkatkan tenaga lelaki, sekali gus memenuhi tuntutan syahwat pasangan.

Selain itu, penggunaan alat kelamin lelaki secara lebih kerap dalam hubungan mendorong kepada kepadatan organ itu yang menyebabkan ia semakin mantap.

Pakar Sakit Tuan, Dr Ismail Thamby berkata, hampir semua negara memiliki bahan atau produk asli yang menjadi amalan mereka turun temurun.

"Memang saya tidak nafikan penggunaan minyak bonggol unta dan serbuk seperti diamalkan di Mesir kerana ia pasti digunakan sejak zaman berzaman.

“Di negara kita, tongkat ali digunakan untuk membekalkan tenaga bagi membolehkan kita cergas tetapi apabila menggunakannya kita mudah terangsang, jadi ramai menggunakannya untuk tujuan kebatinan,” katanya.


Blog Archive