loading...

"Dirogol Berkali Kali" Disangkan Suami Rupanya Perogol

Isteri dirogol lelaki disangka suami




KUALA TERENGGANU 15 Okt. – Gara- gara tidur lewat kerana menyediakan persiapan Hari Raya Aidilfitri, seorang suri rumah yang kepenatan mendakwa dirogol seorang lelaki yang disangka suaminya dalam bilik tidurnya di sebuah rumah di Chukai, Kemaman awal pagi Jumaat lalu.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah II negeri, Supritendan K. Manoharan berkata, mangsa berusia 40 tahun mendakwa tinggal berdua dengan seorang buruh iaitu rakan suaminya yang menumpang di rumah mereka sejak dua bulan lalu manakala suaminya berusia 34 tahun keluar bekerja.
Menurutnya, sebelum kejadian, mangsa yang baru selesai membuat kuih kira-kira pukul 5 pagi dikatakan memasuki bilik tidurnya manakala rakan suaminya yang berusia 29 tahun dikatakan sedang menonton televisyen di ruang tamu.
“Kira-kira sejam kemudian, mangsa yang masih mengantuk mendakwa ternampak kelibat seorang lelaki memasuki bilik tidurnya yang gelap ketika itu dan terus melakukan hubungan seks dengannya.
“Mangsa dikatakan tidak menolak kerana menyangka lelaki itu adalah suaminya yang baru pulang kerja,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini, hari ini.
Manoharan berkata, perkara itu terbongkar selepas suami mangsa yang baru pulang dari bekerja mendakwa ternampak kelibat seorang lelaki keluar dari bilik tidur mereka kira-kira pukul 9.30 pagi hari yang sama.
Beliau memberitahu, mangsa terkejut setelah mendapat tahu bahawa lelaki yang mengadakan hubungan seks dengannya bukan suaminya sebaliknya seorang lelaki lain.
Sehubungan itu, katanya, mangsa yang ditemani suaminya membuat laporan di Balai Polis Chukai kira-kira pukul 5.30 petang hari yang sama.
Tambah beliau, lima jam kemudian polis menahan rakan suami mangsa yang juga buruh berusia 29 tahun bagi membantu siasatan kes rogol itu mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
“Buruh itu telah dibebaskan dengan jaminan polis setelah keterangannya diambil dan ketika ini polis menjalankan siasatan termasuk meneliti keterangan mangsa berhubung kes rogol tersebut.
“Tindakan sewajarnya juga akan diambil jika polis mendapati laporan daripada mangsa adalah palsu,” katanya.

Blog Archive