loading...

Wanita Dipukau Dan Dirogol Berulang Kali Ketika Menerima Rawatan


SUNGAI PETANI: Seorang wanita berusia 31 tahun, yang mendapatkan khidmat seorang bomoh berikutan gangguan makhluk halus mendakwa beliau dirogol oleh bomoh berkenaan beberapa kali pada tahun lalu.
Ibu empat orang anak itu mendakwa bomoh dari Bedong itu menjampinya, dan beliau hanya sedar telah dirogol awal bulan ini, menurut laporan New Straits Time Malaysia (NST).
Kali pertama wanita itu bertemu dengan bomoh tersebut pada Februari tahun lalu. Beliau ingin mendapatkan bantuan kerana sering diganggu makhluk halus. Suaminya juga menemaninya semasa berjumpa dengan bomoh itu.
Bomoh tersebut kemudian memberi wanita itu 'mantera' bagi menghuraikan masalahnya itu. Namun, keadaannya semakin teruk, dan beliau sering meracau dan diserang sawan seperti disampuk, tambah laporan NST.
Beliau mendakwa seakan dipukau dan teringin sekali berjumpa dengan bomoh itu. Lantas, beliau berubat dengan bomoh itu seminggu sekali.
Beliau mendakwa dirogol buat kali pertama pada bulan Mac tahun lalu, semasa satu lawatan ke rumah bomoh itu Kampung Bukit Ayer Nasi, Semeling.
Beliau mendakwa dalam keadaan separuh sedar setiap kali dirogol.
Tambahnya ia berlarutan sehingga bulan Julai apabila beliau menyedari dirinya hamil tiga bulan.
Sejak itu, mangsa mulai sedar dan berhenti dari mengamalkan ayat yang diberikan bomoh terbabit.
Beliau juga mengesayaki bomoh itu telah mengambil kesempatan merogolnya.
Laporan NST menambah wanita itu tidak lagi berjumpa dengan bomoh tersebut tetapi tidak membuat laporan polis kerana ketakutan.
Bagaimanapun, pada Disember lalu, bomoh berkenaan menghubungi wanita tersebut dan memintanya supaya terus 'berubat' selepas beliau bersalin.
Wanita itu mendakwa apabila beliau enggan berbuat demikian, bomoh tersebut mengugut akan melakukan sesuatu sekiranya tidak mengikuti arahannya.
Beliau menambah selepas berubat di tempat lain, barulah beliau dapat sedar sedikit demi sedikit kejadian yang berlaku dan hadir ke balai polis untuk membuat laporan.
Ketua Polis Kuala Muda Penolong Pesuruhjaya Md Zuker Md Isa berkata wanita itu hanya membuat laporan polis petang semalam (24 Jan).
Masih tidak jelas jika bomoh itu sudah ditahan untuk disoal siasat. 
- Agensi berita/ru

Blog Archive